Kehidupan peribadi Dira Abu Zahar

Dira berkahwin sebanyak dua kali. Beliau pernah mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid (kini berkahwin dengan Sherie Merlis) pada 2007, dan berpisah pada 2010. Dira kemudian telah mendirikan rumahtangga bersama jurukamera, Helmi Yusof, dan pernah mengalami keguguran pada Disember 2013.[12] Beliau mempunyai seorang anak, Tengku Anggun Deandra Tengku Shafiz-Rullah. Dira dan Helmi memfailkan perceraian pada 2016.

Bapanya, Datuk Seri Abu Zahar meninggal dunia pada 12 Julai 2013 jam 5.50 petang akibat penyakit kencing manis dan komplikasi buah pinggang.[13][14] Dalam temuramah bersama Kosmo!, Dira berkata selepas bapanya meninggal, beliau kerap pulang ke kampung bagi menemani ibunya, Khalijah.[15]

Beliau mempunyai seorang anak angkat bernama Waris Iskandar Andiqa selepas mendapat permohonan daripada kerajaan.[16][17]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Dira Abu Zahar http://www.astroawani.com/berita-hiburan/3-bulan-l... http://www.budiey.com/bapa-dira-abu-zahar-selamat-... http://www.imdb.com/name/nm5796022/ http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&d... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/ar... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/dira-abu-zah... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/kejayaan-ber... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/ramai-puji-d... http://www.sinarharian.com.my/nasional/datuk-seri-...